am@hmetro.com.my Rompin: Calon Barisan Nasional (BN) yang akan mewakili parti itu apabila Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Ayer Kuning di Perak diadakan kelak mesti bersifat ‘Wali'.

am@hmetro.com.my Rompin: Calon Barisan Nasional (BN) yang akan mewakili parti itu apabila Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Ayer Kuning di Perak diadakan kelak mesti bersifat ‘Wali'. Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagi tujuan itu, perbincangan dengan Datuk Seri Saarani Mohamad selaku Pengerusi BN Perak serta kepimpinan Umno Bahagian Tapah bakal diadakan untuk mengenal pasti calon sesuai “Kita beri peluang kepada semua kumpulan (Ketua Bahagian, Wanita, Pemuda, Puteri dan Ahli Jawatankuasa Umno) sebelum kita senarai pendek calon.

“Antara kriteria dan ciri adalah ‘Wali' iaitu winnable (boleh menang), acceptable (diterima) dan likeable (disenangi),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kompleks Ternakan Ayam Pedaging FELCRA Berhad (sistem tertutup) di Tanjung Seratus, Kuala Rompin, di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Zulkifli Yaacob dan Pengerusi Felcra Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub.

PRK Dun Ayer Kuning bakal diadakan susulan kematian Ahli Dewan Undangan (Adun) kawasan itu, Ishsam Shahruddin, 59, yang juga Ketua Umno Bahagian Tapah, Sabtu lalu akibat serangan jantung.

Semalam Ahmad Zahid turut dilaporkan notis pengosongan kerusi itu sudah diserahkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Isnin lalu oleh Speaker Dun Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid, memandangkan tempoh mengadakan PRK adalah 60 hari daripada notis yang dikeluarkan.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU), Ishsam mewakili BN memperoleh 9,088 undi sekali gus menang dengan majoriti 2,213 undi, mengalahkan calon Pakatan Harapan (6,875), Perikatan Nasional (6,812), Parti Pejuang Tanah Air (105) dan Parti Sosialis Malaysia (586).

? New Straits Times Press (M) Bhd Website developed by Gias Ul Hassan - Best Website Developer - WordPress Web Design - Custom Website Design.