| GUA MUSANG - Seorang imam mendakwa mengalami kerugian RM30.000 selepas sarang madu kelulut yang diusahakan berhampiran rumahnya di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Limau Kasturi 2 dimusnahkan beruang matahari sejak dua tahun lalu. Mohamad Sabri Hanipa, 35, berkata, serangan haiwan liar sejak 2020 itu semakin membimbangkan dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini sehingga 55 sarang madu kelulut musnah. “Saya tidak lagi menjual madu kelulut kerana tinggal 15 sarang sahaja. Hasil madu yang ada ketika ''auntukkegunaan sendiri. “Sarang madu kelulut ini diletakkan di sekeliling rumah dan saya pernah melihat sendiri beruang itu memakan madu dalam jarak hanya lima meter," katanya ketika ditemui di rumahnya di RPT Limau Kasturi 2 di sini semalam. Mohamad Sabri berkata, dia telah memasang lampu dan membina tempat log sarang kelulut lebih tinggi di dinding rumah bagi mengelak serangan beruang. Seorang lagi pengusaha madu kelulut, Azhar Che Amir, 56. berkata, seekor beruang telah merosakkan dua sarang madu kelulut miliknya di kawasan rumah tiga hari lalu. “Penduduk kini bimbang dengan keselamatan nyawa kerana beruang ini berani menghampiri kediaman penduduk,” katanya.. |