JOHOR BAHRU: Kerajaan memperuntukkan RM16.21 juta bagi pembangunan masyarakat Orang Asli di Johor pada tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa JOHOR BAHRU: Kerajaan memperuntukkan RM16.21 juta bagi pembangunan masyarakat Orang Asli di Johor pada tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.Beliau berkata peruntukan menerusi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur, naik taraf jalan perhubungan, projek bekalan air terawat, pembangunan modal insan dan program pemerkasaan adat serta budaya membabitkan 18,000 Orang Asli daripada suku kaum Seletar, Kanaq, Jakun, Kuala dan Temuan..