| Oleh Abdul Rahemang Taiming Tawau: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi reaksi positif terhadap cadangan penanibahbaikan skim perjawatan kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahniad Zaliid Haniidi, berkata penambahbaikan itu terniasuk Tabika KEMAS akan dinaik taraf secara menyeluruh, selain lebih banyak kelas akan dibuka untuk memberi lebih banyak kemudahan kepada kanak-kanak. “Saya berpuas hati dengan perancangan yang dikemuka KEMAS baru-baru ini. Saya arahkan Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Hanafiah Man, supaya melihat secara menyeluruli agar naik taraf kelas tabika dapat dilakukan. “Selain itu, tidak dilupakan skim gaji baharu guru-guru KEMAS yang berstatus kontrak akan diberikan jawatan tetap,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Program Sentuhan Kasih Desa @Tawau 2025, anjuran KEMAS di sini, semalam. Hadir sama Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Alili Parlimen Kinabatangan nierangkap Pengerusi Komuniti KEMAS Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin. Alimad Zaliid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayali, berkata penambahbaikan perjawatan membolehkan kebajikan pegawai dan kakitangan KEMAS lebihterbela. Beliau berkata, skim gaji baharu yang akan diluluskan Kerajaan MADANI menjadi pemangkin kepada pegawai dan kakitangan KEMAS untuk produktiviti kerja. Sabah jadi keutamaan Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, Sabah terus nienjadi keutamaan Kerajaan MADANI, melalui peruntukan terbesar kementeriannya untuk mewujudkan lebih banyak kemudahan awam. “Kita tahu banyak lagi infra diperlukan. Apabila Lebuh Raya Pan Borneo siap sepenuhnya, jalan perhubungan dari desa ke bandar kecil akan memberi manfaat (Foto BERNAMA) kepada rakyat. “Dengan kerjasama kerajaan negeri, kementerian berazam segala infrastruktur, termasuk bekalan air dan elektrik luar bandar yang masih agak terkebelakang akan terus diperjuang,” katanya.. |