| SARIKEI: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) membina lebih 40,000 unit rumah diseluruh negeri sejak mula beroperasi pada 1 November 1972, kata Pengerusi HDCAbdulYakubArbi. Yakub berkata, program rumah adalah Program Perumahan Rakyat (PPR), Rumah Mampu Milik (RMM), Skim Pinjaman Rumah Panjang dan Rumah Spektra Permata (RSP). “Selain itu, HDC turut memperkenalkan Program Sri Pertiwi untuk memenuhi permintaan perumahan mampu milik dalam kalangan golongan M40. “Pada 15 Februari 2017, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan pelancaran RSP semasa perasmian tapak projek di Skim Pembesaran Kampung (SPK) Lundu. “Inisiatif ini merupakan satu lagi usaha kerajaan Sarawak untuk menyediakan perumahan mampu milik bagi membantu golongan berpendapatan rendah, khususnya di kawasan luar bandar, melalui Skim Penempatan Semula (SPS) dan SPK yang dikendalikan oleh Jabatan Tanah dan Survei (JTS),” katanya ketika berucap di majlis penyerahan kunci RSP SPK Susur Jambu di Dewan Serbaguna, Pejabat Residen Sarikei, baru-baru ini. Beliau berkata, unit-unit tersebut ditawarkan pada harga antara RM90,000hinggaRM160,000 bergantung kepada lokasi. “Pembiayaan Perumahan disediakan oleh anak Syarikat HDC, iaitu Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd (MUTIARA) dengan kadar pinjaman serendah satu peratus. “Pembayaran balik pinjaman serendah RM250 sebulan tertakluk kepada tempoh pinjaman,” kata beliau. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian mengucapkan tahniah kepada semua pemohon yang berjaya memiliki 30 unit RSP Susur Jambu. “Tahniahjuga kepada 12 penerima kunci kelmarin. Semoga rumah ini menjadi kediaman yang selesa dan memberikan kesejahteraan kepada semua pemilik. “HDC berharap agar semua pemilik rumah RSP Susur Jambu dapat menjaga rumah yang dimiliki dengan baik dan menjadikannya sebagai tempat yang selamat serta harmoni untuk seisi keluarga. “Semoga pemilik-pemilik terus menyokong inisiatif kerajaan dalam memastikan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat terus meningkat,” katanya lagi. Beliau berkata, HDC komited untuk menyediakan perumahan mampu milik yang berkualiti bagi kesejahteraan rakyat Sarawak. “Sokongan padu daripada semua pihak amat diperlukan bagi merealisasikan aspirasi ini. “Terima kasih kepada semua pihak yang terus menyokong usaha pembangunan perumahan negeri,” katanya. Turut hadir ialah Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar yangjugaADUN Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh, Ketua Pegawai Eksekutit HDC, Fathi Hambali dan Residen Sarikei, Datu Michael Ronnie Langgong.. |