Tawau: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpuas hati dengan cadangan penambahbaikan skim perjawatan kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Tawau: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpuas hati dengan cadangan penambahbaikan skim perjawatan kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Cadangan itu juga termasuk proses naik taraf menyeluruh Tabika Kemas, selain lebih banyak kelas dibuka untuk kemudahan kepada anak Kemas.

"Saya berpuas hati dengan perancangan yang dikemukakan Kemas, baru-baru ini dan arahkan Ketua Pengarahnya Datuk Mohd Hanafiah Man supaya melihat secara menyeluruh...

juga agar naik taraf kelas tabika dapat dilakukan.

"Selain itu, tidak dilupakan skim gaji baharu guru Kemas yang berstatus kontrak akan diberikan jawatan tetap," katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Program Sentuhan Kasih Desa @Tawau 2025, anjuran Kemas di Kompleks Sukan Tawau di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Pengerusi Komuniti Kemas Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata, dengan penambahbaikan itu, nasib pegawai dan kakitangan Kemas akan lebih terbela, bahkan boleh menaikkan semangat serta meningkatkan produktiviti kerja mereka.

Sebelum ini, beliau dilapor mengarahkan Kemas mengemuakan cadangan penambahbaikan skim perjawatan sebagai penyelesaian kepada 9,719 kakitangan yang masih berstatus kontrak.

Katanya dipetik berkata, cadangan itu termasuk penstrukturan semula gaji, pergerakan gred kakitangan dan memendekkan tempoh perjawatan bagi kakitangan berstatus kontrak..