Kuala Lumpur: Bantahan dibuat 31 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu-Islam melalui satu memorandum yang diserahkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin hanya akan membantutkan proses penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar.

Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Datuk Dr Alias Rameli, menerusi kenyataan semalam, sebaliknya menegaskan, RUU itu dirangka dengan teliti untuk manfaat rakyat, khususnya komuniti dan pemilik hartanah usang di kawasan bandar.

“Serahan memorandum membantah RUU Pembaharuan Semula Bandar oleh Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa mewakili 31 NGO Melayu-Islam kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mewakili Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) akan membantutkan proses penggubalan RUU terbabit.

“RUU ini sedang dalam semakan untuk kelulusan Jabatan Peguam Negara (AGC). Selepas mendapat kelulusan AGC, RUU Pembaharuan Semula Bandar perlu dibentangkan di Mesyuarat Jemaah Menteri dijangka pada Mac 2025 dan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) yang dijangka diadakan pada Mei 2025. Selanjutnya, RUU ini akan dibentangkan di Parlimen pada Jun 2025,” katanya.

Alias turut mengulas pandangan beberapa Ahli Parlimen pembangkang antaranya Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyatakan RUU ini akan menghapuskan bangsa Melayu serta golongan B40 dan M40 secara halus.

“Ini juga tidak benar kerana RUU Pembaharuan Semula Bandar berpegang kepada 10 prinsip yang secara strategiknya memastikan ketelusan pentadbiran kerajaan dan jaminan mengekalkan hak-hak yang dinikmati oleh pemilik hartanah berdaftar.

“Antara prinsip utama RUU ini adalah mendapatkan persetujuan pemilik, pengekalan penduduk asal dan menjaga kepentingan pemilik tanah serta penyelarasan kos caj penyelenggaraan yang wajar,” katanya.

ak babit akta lain Beliau berkata, penggubalan RUU ini juga sama sekali tidak menyebabkan pindaan kepada akta lain dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk Kanun Tanah Negara (Akta 828) dan Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486), sebagaimana didakwa Alili Parlimen Kota Bharu yang juga Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Jelasnya, kementerian sudah membuat kajian kepada lebih 17 akta berkaitan pembangunan hartanah termasuklah akta yang dinyatakan bagi mengelakkan pertindihan dan percanggahan dari sudut perundangan.

Beliau turut menjelaskan, dari sudutamalan perancangan bandar di seluruli dunia, pembaharuan semula bandar diiktiraf sebagai kaedah paling sesuai bagi menyelesaikan isu dan kemaslahatan perbandaran, kewujudan bangunan lama yang usang dan tidak selamat diduduki.

“Keputusan membiarkan bangunan lama kekal usang dengan kemudahan dan infrastruktur yang daif dan tidak berkualiti bukan satu pilihan dalam menjalankan tatakelola dan pengurusan bandar yang berkesan.

“Iklitiar dan dokongan pelbagai pihak diperlukan dan pendekatan ‘tidak berbuat apa-apa'' bukanlah pilihan Kerajaan MADANI yang memfokus kepada aspek kemanusiaan untuk keselesaan dan kesejahteraan rakyat jangka panjang,” katanya.

Dalam pada itu, Alias dalam kenyataan sama turut menegaskan, dakwaan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) tidak bersetuju dengan penggubalan RUU terbabit sama sekali tidak benar..