SEKUAU: Syarikatsyarikat yang mengusahakan penanaman kelapa sawit di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin disaran agar lebih prihatin terhadapkebajikan penduduk setempat, khususnya ketika berlakunya bencana alam seperti banjir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Ir Christopher Gira Sambang berkata, terdapat kirakira 20,000 hektar tanah di kawasan berkenaan yang diusahakan lima hingga enam syarikat.

Bagaimanapun, beliau meluahkan kekecewaan kerana syaiikat-syarikat terbabit kurang memainkan peranan dalam membantu masyarakat setempat.

“Sebagai contoh, ketika kawasan DUN T amin dilanda banjir tiada seorang pun wakil syarikat turun padang membantu penduduk yang memerlukan.

“Sepatutnya mereka tampil membantu dengan menyediakan makanan, pakaian dan memindahkan penduduk ke penempatan sementara,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Penyerahan Van Jenazah dan Sumbangan inisiatifTanggungjawabSosial (CSR) FELCRA Berhad di sini, semalam.

Beliau berharap agar syarikat-syarikat berkenaan dapat menjalinkankerjasama erat dengan penduduk setempat bagi meringankan beban mereka kctika bcr depan bencana.

Dalam pada itu, Christopher memuji langkah FELCRA Berhad yang telah memberikan sumbangan kepada peserta di kawasan berkenaan.

“Sebagai contoh, hari ini (semalam) saya difahamkan mereka telah menyerahkan sebuah van jenazah untuk kegunaan masyarakat di sini.

“Selain itu, syarikat ini j uga mcmbantuanak-anak sekolah sekiranya berlaku kematian atau banjir,” ujar behau.

Katanya, inisiatif seperti ini wajar dicontohi oleh syarikat lain sclaras dengan tanggungjawab sosial mereka untuk memastikan penduduk mendapat bantuan sewajarnya..