Gua Musang: Ujian saringan penyakit kusta diadakan secara berkala di kawasan penempatan Orang Asli, di sini.

Gua Musang: Ujian saringan penyakit kusta diadakan secara berkala di kawasan penempatan Orang Asli, di sini. Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, dia menasihatkan Orang Asli di pedalaman negeri ini supaya lebih menjaga kebersihan diri dan kawasan sekitar mereka sebagai langkah pencegahan.

Selain itu penduduk Orang Asli di kawasan pedalaman juga perlu segera mendapatkan rawatan segera sekiranya mempunyai tanda-tanda penyakit terbabit.

"Saringan di penempatan Orang Asli ini kami lakukan secara berkala bagi melihat tahap kesihatan mereka.

"Selain itu nasihat saya, supaya mereka dapat menjauhkan diri daripada kawasan endemik dan berisiko jangkitan," katanya ketika dihubungi, di sini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jakoa Kelantan dan Terengganu, Roslina Bun berkata, pihaknya akan terus bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, beliau sangat berterima kasih dengan komitmen pihak KKM dalam terus memantau keadaan kesihatan masyarakat Orang Asli di pedalaman.

Semalam media melaporkan, seorang maut, manakala lapan lagi mengalami jangkitan akibat wabak kusta yang menular di penempatan mereka.

Kusta: Dua kampung dikuarantin.