| Februari 19, 2025, Rabu - 11:02am KENINGAU: Pihak MYFutureJobs yang dikoordinator dari Pejabat Pogram Kerjaya Pertubuhan Keselamatan Februari 19, 2025, Rabu - 11:02am KENINGAU: Pihak MYFutureJobs yang dikoordinator dari Pejabat Pogram Kerjaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Sabah berjaya mengadakan Program Bimbingan Kerjaya dan Kebolehpasaran di GIATMARA Keningau di sini. Pengurus GIATMARA Keningau Jamidol Alip berkata, program ini mendedahkan pelatih tentang pengenalan berkenaan PERKESO, membuat profiling dan kebolehpasaran, taklimat myfuturejobs, bimbingan dalam membangunkan Resume dan membantu pelatih dalam teknik-teknik semasa menghadiri sesuatu temuduga. “Disamping itu, program ini juga dapat membantu pelatih lebih mengenali diri dan minat pelajar kearah cita-cita yang ingin dicapai. “Diharapkan ia dapat membantu pelajar dalam lebih mengetahui tentang medium pencarian pekerjaan, persediaan diri untuk ke alam pekerjaan serta hala tuju kerjaya pelatih dengan lebih baik,” katanya. Taklimat disampaikan dan diselia Pegawai MYFutureJobs Koordinator, Mohammad Rais Ghani, Riohelvia Jenson dan Sherrylyn Amir.. |