| KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tenaga masih melaksanakan kajian berhubung jadual tarif elektrik baharu yang akan dilaksanakan Julai ini. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kementerian bersama Suruhanjaya Tenaga sedang memuktamadkan cadangan jadual tarif baharu yang dijangka dilaksanakan. “Kementerian masih belum mempunyai perincian lanjut mengenai jadual tarif baharu memandangkan pihak Suruhanjaya Tenaga masih sedang melaksanakan kajian mengenainya. “Kerajaan berusaha memastikan sebarang kenaikan tidak membebankan dengan mengambil kira semua aspek termasuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat. ‘Tni termasuklah memastikan 85 peratus pengguna domestik di Semenanjung terus kekal dilindungi melalui pelaksanaan subsidi elektrik secara bersasar,” katanya menerusi jawapan bertulis Dewan Rakyat, semalam. Beliau menjawab soalan Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang meminta perincian mengenai jadual tarif elektrik. Fadillah menyatakan komitmen kerajaan dalam memastikan jadual tarif elektrik baharu tidak membebankan pengguna terutama kategori domestik serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). ‘Ta hanya memberi impak minimum kepada pengguna daripada kalangan PMKS supaya pengguna kategori ini kekal kompetitif dan berdaya maju,” katanya.. |