KOTA KINABALU: Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 atau SYUKUR dihncarkan hari ini (Rabu) oleh Kecua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah, di Tuaran.

Secara dasamya Program Sentuhan Kasih Rakyat akan memberi manfaat kepada 100,000 penerima di scl uruh negeri.

Program ini menyediakan bantuan tunai RM300 sctiap bulan kepada penerima yang layak sehingga 31 Disember 2025.

Para pencrima bagi program ini membabilkan Ketua Isi Rumah (KIR) niiskin dan niiskin tegar yang berdaftar dalam sisteni e-Kasih setakat 31 Disember 2024.

Jumlah pembayaran bagt program ini akan dibayar secara berlasa dengan setiap fasa adalah dibayar sekali gus (lump-sum) bagi tempoh hga bulan iaitu stbanyak RM900 yang akan dikreditkan ke akaun mereka yang mempunyai akaun bank dan kepada penenma bantuan secara tunai.

Fasa satu pada Januari hingga Mac 2025, diagihkan bermula Februari nianakala fa$a kedua (April-Jun 2025), diagihkan bermula April; dan fasa ketiga □uhi-September 2025) diagihkan bermula September 2025; manakala fasa keempat (Oktober-Disember 2025) diagihkan pada Oktober 2025.

Antara objektil SYUKUR lalah untuk meringankan brban kewangan penerima bagi memenuhi keperluan asas mereka.

Pada masa sama, ia bercujuan menyokong golongan yang memeriukan agar dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa serta mengurangkan kadar kemiskinan di Sabah menerusi bantuan berterusan.

Selain itu, bantuan ini juga sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat..