SONG: Ahli Dewan Undangan Negeri i ADUN) Karibas Lidam Assan menyifatkan kemenangannya dalam pemilihan a hl i Ma j lis Kerj a Tertinggi (MKT) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) baru-baru ini sebagai satu kejayaan bersama seluruh ahli parti.

Beliau menegaskan bahawa kemenangan tersebut bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi bukti sokongan padu daripada ahli parti dalam memastikan kestabilan politik serta pembangunan berterusan di Sarawak.

“Kemenang&n im adalah kemenangan semua ahli persidangan, sama ada yang mengundi atau lidak.

‘Tni membuktikan semangat kerjasama kita dalam memajukan Sarawak, Bumi Kenyalang yang kila cintai,” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Lidam tumt menyatakan bahawa kejayaan itu memberi sunlikan semangat untuk terus berbakti kepada rakyat, dengan mengekalkan perpaduan dan keharmonian politik di negeri inL Katanya, kemenangan tersebut menyemarakkan lagi semangat beliau untuk terus menyumbang kepada rakyat Sarawak mclalui perpaduan, kestabilan politik dan keharmonian yang lelah terbina.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada kcpimpinan parti dan selunih ahli PBB yang mcngutamakan disiplin serta semangat kesetiaan, yang menjadi teras kekuaian parti selania ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada barisan kepimpinan PBB serta seluruh ahli parti yang sentiasa menunjukkandisiplin tinggi dan berpegang teguh kepada nilai-nilai perjuangan.

“Inilah kekuatan yang menjadikan PBB scbuah parti yang kukub dan terus tegap demi Bumi Kenyalang. Selamat bertugas,” katanya.

Pemilihan ahli MKT PBB kali ini menyaksikan kombinasi pemimpin baharu dan sedia ada yang diberi mandat untuk menerajui parti dalam memperkukuh agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat Sarawak.

Kepu tusan ini j uga diharapkan dapat memperkuatkan hala tuju politik negeri, sekali gus memastikan Sarawak terus berkembang maju dan makmur..