JAKARTA - Badan eksekutit mahasiswa (BEM) dari pelbagai universiti melancarkan demonstrasi ''Indonesia Gelap'' pada Isnin menuntut akauntabiliti terhadap beberapa dasar kerajaan pimpinan Presiden Prabowo Subianto yang didakwa tidak prorakyat.

Koordinator BEM Seluruh Indonesia (Sl), Satria Nautal berkata, ''Indonesia Gelap'' itu merujuk kepada ketakutan dialami rakyat terhadap masa depan negara.

“la juga meliputi isu kesejahteraan rakyat. Demonstrasi ini wajar menjadi peringatan buat pemerintah supaya membuat pertimbangan dalam pelbagai aspek,” katanya sambil menambah era kepimpinan Prabowo terus dihantui tentang isu dan dasar yang tidak berpihak kepada rakyat.

Hashtag #lndonesiaGelap turut meraih perhatian di media sosial dan telah digunakan hampir 40,000 kali oleh pengguna di plattorm X.

Sebelum berarak di jalan-jalan utama, kumpulan penuntut itu turut bergabung dengan Indonesia Corruption Watch (ICW) dan Yayasan Lembaga Bantuan Hukum Indonesia (YLBHI).

Tunjuk perasaan itu turut merebak di beberapa provinsi termasuk Bandung, Lampung, Surabaya, Malang, Samarinda, Banjarmasin, Aceh dan Bali.

la dijadualkan akan berlangsung hingga Khamis di beberapa wilayah lain terutamanya di sekitar kawasan Patung Kuda di Jakarta Tengah. - Agensi.