| KUCHING: Kepemimpinan baharu dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang dipilih akan terus menjadi plattorm etektit untuk membawa pembangunan mampan serta memperkukuh kestabilan politik di Sarawak. Naib Presiden yang baharu dipilih, Datuk Len Talif Salleh berkata parti memainkan peranan penting dalam memastikan suara rakyat terus didengari, terutamanya dalam isu pembangunan dan kemudahan asas. “I PBB bukan sekadar sebuah parti politik, tetapi juga wadah bagi memastikan kebajikan rakyat terus terbela. “Kita akan terus bekerja bagi memastikan setiap projek yang dirancang benar-benar memberi mantaat kepada rakyat,” katanya ketika ditemui media pada Perhimpunan Agung PBB Ke-16, semalam. Dalam pemilihan sempena Perhimpunan PBB yang bermula sejak Jumaat lalu dan berakhir semalam, Len Talif yang juga Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar berjaya meraih slot keempat antara enam calon bagi jawatan Naib Presiden. Ini adalah kali kedua percubaan beliau untukjawatan itu dan berjaya, setelah tewas pada kali pertama pada 2018 bagi pemilihan jawatan sama. Len Talif juga menekankan bahawa cabaran dalam pelaksanaan projek pembangunan di Sarawak perlu ditangani dengan lebih efektif bagi memastikan kesejahteraan rakyat. Menurutnya, meskipun kerajaan Sarawak mempunyai peruntukan yang mencukupi, beberapa faktor luar kawalan seperti prosedur kelulusan, kekurangan tenaga kerja dan bekalan bahan mentah sering menjadi punca kelewatan projek. Banyak pihak bertanya mengapa projek yang dirancang mengambil masa lama untuk disiapkan. “Hakikatnya, terdapat prosedur ketat yang perlu dipatuhi untuk memastikan integriti dan keberkesanan pelaksanaan projek,” katanya. Selain itu, bekalan bahan mentah seperti simen dan tenaga kerja yang terhad turut memberi kesan kepada tempoh siap sesuatu projek. Keadaan ini katanya, memeriukan perancangan lebih teliti serta usaha bersepadu antara kerajaan dan pihak berkepentingan bagi mempercepatkan proses pembangunan.. |