KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Batu Kitang disarankan untuk terus mengekalkan keijasama dalam kepimpinan bagi memastikan parti tertua itu kekal relevan.

Presiden SUPP, DatukAmar Dr Sim Kui Hian berkata, sitat saling menghargai dan menghormati antara ahli perlu sentiasa dipupuk bukan sekadar untuk kebaikan parti, malah demi keharmonian yang telah lama wujud di Sarawak.

"Kestabilan politik Sarawak selama ini tidak dipandang remeh kerana pemimpin di negeri ini sentiasa menekankan keterangkuman dan semangat mengekalkan keharmonian dalam kalangan pelbagai etnik.

"Contoh ini jelas ditunjukkan oleh Premier (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) kita baru-baru ini, yang menyatakan beliau menolak garis panduan untuk umat Islam ke majlis atau upacara bukan Islam di negeri ini.

”Kita di Sarawak akan sentiasa menolak sebarang tahamao-yang berpotensi menjejaskan keharmonian antara pelbagai kaum dan agama kerana kita akan sentiasa berganding bahu mengekalkan perpaduan yang telah lama wujud,” tegasnya ketika berucap merasmikan Sambutan Ulang Tahun Ke-9 SUPP Batu Kitang dan Makan Malam Gala Tahun Baharu Cina (TBC) di Dewan Masyarakat Batu 10, semalam.

Sementara itu, Pengerusi SUPP Cawangan Batu Kitang, Dato Lo Khere Chiang berkata setiap rakyat Sarawak perlu bersatu dan menyokong kerajaan negeri dalam menuntut hak yang terhakis di bawah Peganjian Malaysia 1963 (MA63).

"Dengan begitu banyak pencapaian dan inisiatif yang ditawarkan demi kesejahteraan rakyat, kita memerlukan kerajaan yang stabil di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

"Hari ini, Sarawak diiktirat sebagai negeri berpendapatan tinggi dan kini terus berada di landasan yang tepat dalam mencapai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM282 bilion menjetang 2030,” jelasnya..