| LIMBANG: Pemerkasaam sosioekonomi kampung terus dilaksanakan melalui Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Dato Paulus Palu Gumbang memberitahu Kampung Limpasong merupakan dua kampung Bisaya di Limbang yang berjaya mendapat Program SejaTi MADANI. “Program ini merupakan inisiatif baharu Kerajaan MADANI bertujuan merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti. “la dapat meningkatkan pendapatan dengan pemberian dana sehingga RM 100,000 kepada komuniti yang layak dengan Limbang memfokuskan kepada projek tanaman nanas,” katanya. Paulus berkata demikian pada sambutan Hari Keluarga Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sempena majlis penangguhan Program lnsentif Tadbir Urus JKKK di Dewan Kampung Limpasong kelmarin. Beliau menjelaskan kerajaan Sarawak telahpun melaksanakan pelbagai dasar untuk membantu meningkatkan sosioekonomi masyarakat di seluruh negeri. Tumpuan diberikan kepada golongan B40 antaranya bantuan pendidikan bagi pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) khusus untuk anak Sarawak, warga emas, Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), Bantuan Ibu Bersalin dan Endowment Fund Sarayyak (EFS) kepada anak yang baharu dilahirkan serta banyak lagi. "Belanjawan Sarawak yang lepasjuga telah meluluskan bantuan pemberian wang saku kepada anak-anak yang melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi sejumlah RM1.200 setahun," jelasnya. Paulus juga berharap JKKK terus memperkasa kerjasama dalam membangunkan kawasan kampung termasuk di Kampung Limpasong. "Kampung Limpasong antara kawasan yang banyak mengalami perubahan dan kemajuan. "Tahniah diucapkan atas kejayaan ini. Program lnsentif Tadbir Urus JKKK daripada kerajaan Sarawak turut membantu JKKK dalam melaksanakan aktiviti di peringkat komuniti," katanya.. |