Februari 15, 2025, Sabtu - 4:57pm KAPIT: Program Kembara Kerjaya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)@Kapit 2025 yang berlangsung di Dewan Suarah Kapit hari ini mendapat sambutan baik daripada masyarakat setempat.

Februari 15, 2025, Sabtu - 4:57pm KAPIT: Program Kembara Kerjaya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)@Kapit 2025 yang berlangsung di Dewan Suarah Kapit hari ini mendapat sambutan baik daripada masyarakat setempat. Dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Daerah Kapit dan Pejabat Residen Bahagian Kapit, program itu bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada penduduk setempat kepada ruang dan peluang yang ditawarkan oleh SPA Malaysia.

Ini juga adalah inisiatif dan usaha untuk mempromosikan aktiviti dan 'core business' SPA, selain menyantuni masyarakat setempat.

Tambahan juga, program itu mampu memperkasa jaringan kolaborasi strategik, sekali gus meningkatkan kerjasama dan hubungan erat dengan pelbagai jabatan/agensi dan 'stakeholder' di lokasi yang dipilih.

Antara objektif Program Kembara SPA@Kapit 2025 ialah menyediakan platform kepada orang ramai mendapatkan maklumat dan pertanyaan terus kepada petugas SPA secara bersemuka dan interaktif serta mendapat pendedahan terhadap tips, status permohonan dan konsultasi pengambilan yang dikongsi menerusi sisi taklimat SPA.

Melibatkan petugas dari semua bahagian utama SPA dan Squad Outreach SPA (S.O.S), pengisian program seperti sesi taklimat, konsultasi, simulasi dan program sampingan lain seperti Kahoot, Kuiz, Roda SPA dan sebagainya.

Antara agensi jemputan yang terlibat adalah SPA Negeri Sarawak, Pejabat Kesihatan Bahagian Kapit, Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sarawak, Jabatan Tenaga Kerja Sarawak, PERKESO, GIATMARA dan Jabatan Akauntan Negara Cawangan Kapit..