| SELAYANG Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) merancang penggantian paip baharu sepanjang 6.8 kilometer dengan kos hampir RM7 juta di Taman Selayang Baru di sini. Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Antaal Saari berkata, proses itu dijangka selesai pada 2026, sekali gus bakal memberikan mantaat kepada 800 pemilik rumah. “Untuk tempoh jangka masa pendek iaitu dalam tempoh dua bulan, kita akan mencari sumber punca air baharu di Bandar Baru Selayang untuk disalurkan kepada penduduk di Taman Selayang Baru. “Isu tekanan air rendah ini berlaku kerana paip-paip ini sudah lama dan kawasan topograti ini juga lebih tinggi menyebabkan saluran (tekanan) air itu terganggu terutamanya di waktu puncak. “Jadi, apabila tekanan air tidak dapat disalurkan kepada penduduk pada paras yang sepatutnya menyebabkan kita menerima aduan,” katanya ketika ditemui di Taman Selayang Baru di sini pada Jumaat. Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer itu memaklumkan, beliau sedang berurusan dengan pihak Air Selangor mengenai isu tekanan air rendah di Taman Selayang Baru susulan menerima aduan daripada penduduk. “Kita komited untuk memastikan kesejahteraan rakyat di sini diberikan perhatian,” ujarnya.. |