| penyelarasan harga lantai belian padi daripada RM 1,300 kepada RM 1,500 per tan metrik berkuat kuasa esok dapat membantu pesawah menyerap kenaikan kos pengeluaran padi selain menambah pendapatan mereka. Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Datuk Dr Ismail Salleh berkata, pengguna juga boleh menarik nafas lega apabila jualan maksimum Beras Putih Tempatan (BPT) kekal kepada RM2.60 sekilogram. Menurutnya, ketetapan tersebut diharapkan dapat memberikan solusi menang-menang kepada pihak terlibat dalam rantaian industri padi. “Penyelarasan ini bukan sahaja berita gembira kepada pesawah malah dapat bantu mereka menyerap kenaikan kos pengeluaran padi, seterusnya menambah pendapatan. “Bagi mengekalkan hargajualan Beras Putih Tempatan, kerajaan memperuntukkan sekitar RM150 juta kepada pengilang padi untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini pada Jumaat. Ismail berkata, melalui inisiatif tersebut, 24 juta kampit BPT dengan kadar berat 10 kilogram (RM26) akan mula berada di pasaran secara berperingkat dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. “Walaupun industri padi dan beras negara sentiasa berhadapan pelbagai cabaran seperti ancaman perubahan iklim, kenaikan kos dan ketidaktentuan geopolitik dunia, namun kerajaan sentiasa menjaga kebajikan pesawah dan kesejahteraan rakyat, dengan mengimbangi kepentingan semua pihak dalam industri padi dan beraS negara,” ujarnya. Menurutnya lagi, Belanjawan 2025 turut memperuntukkan RM2.6 bilion untuk membantu pesawah, termasuk subsidi /nput pertanian dan insentit output pertanian bertujuan untuk meringankan beban pesawah selain untuk memperkasakan pengeluaran padi. “Semua pihak diminta mengetepikan sebarang perbezaan dan perbalahan selain bersama-sama menyokong segala usaha dilaksanakan kerajaan dalam memastikan agenda keterjaminan makanan rakyat kekal menjadi keutamaan pada setiap masa," katanya. Pada Khamis, kerajaan Persekutuan bersetuju menyelaraskan harga lantai belian padi kepada RM1.500 per tan metrik berbanding RM 1,300 per tan metrik sebelum ini berkuat kuasa esok. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohmad Sabu turut mengumumkan harga Beras Putih Tempatan kekal pada RM2.60 sekilogram, yang mana kos pengeluaran sebanyak RM150 juta akan diserap kerajaan untuk tempoh enam bulan ini. Sementara Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Pertubuhan Peladang MADA, Ishak Taib berkata, seluruh peladang di kawasan MADA menyambut baik pe-_ nyelarasan harga lantai belian padi kepada RM1.500 per tan metrik. “Kenaikan harga lantai belian padi ini bukan sahaja bantu meningkatkan pendapatan, malah memberi pengiktiratan terhadap sumbangan dan usaha gigih pesawah dalam menjamin bekalan makanan negara," katanya.. |