| Ramai beratur namun pulang dengan hampa Miri Hadapi Bekalan Gas LPG Tong Tahap Kritikal, Jejas Peniaga dan Isi Rumah. Ramai beratur namun pulang dengan hampa Miri Hadapi Bekalan Gas LPG Tong Tahap Kritikal, Jejas Peniaga dan Isi Rumah. Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Miri melahirkan kebimbangan mengenai kekurangan bekalan gas petroleum cecair (LPG) dalam bentuk tong di bandar ini. Pengerusinya, Mohammad Hafidz Rohani berkata, situasi tersebut bukan sahaja memberi kesan kepada para peniaga, khususnya dalam sektor makanan dan minuman, tetapi juga menjejaskan isi rumah. Miri Hadapi Bekalan Gas LPG Tong Tahap Kritikal, Jejas Peniaga dan Isi Rumah. Gambar hiasan. “Berdasarkan laporan daripada peniaga dan pengguna, mereka terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan gas, dengan lebih 100 orang dilihat berbaris semalam bagi mendapatkan bekalan yang terhad. “Malangnya, ada yang terpaksa pulang dengan tangan kosong akibat stok yang tidak mencukupi. Ini bukan sahaja mengganggu operasi perniagaan, tetapi juga membebankan rakyat yang sudah pun berdepan dengan peningkatan kos sara hidup,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menurutnya, krisis ini perlu ditangani segera dan penyelesaian jangka panjang daripada pihak berkuasa amat diperlukan bagi memastikan masalah ini tidak berulang pada masa akan datang. Tambah stok segera, ambil langkah pengagihan yang lebih cekap – DUBS DUBS Miri mencadangkan agar pembekal segera menambah bekalan gas di Miri bagi mengurangkan tekanan kepada peniaga dan pengguna, selain mengambil langkah pengagihan yang lebih cekap untuk memastikan keseimbangan antara permintaan dan bekalan. “Bagi mengelakkan kejadian ini berulang, sistem kawalan stok yang lebih berkesan perlu diwujudkan. Ini termasuk pemantauan rantaian bekalan dan sistem pengagihan yang lebih sistematik antara peniaga serta pengguna,” katanya. Keadaan penduduk di Tudan yang terpaksa berbaris untuk mendapatkan bekalan gas LPG. Sumber: The Borneo Post DUBS Miri turut mencadangkan agar Petroleum Sarawak Berhad (Petros) mempercepatkan serta memperluaskan pemasangan sistem gas asli di Miri, khususnya untuk kegunaan isi rumah, sekolah dan premis perniagaan. “Langkah ini dapat mengurangkan kebergantungan terhadap gas dalam tong, sekali gus memberikan penyelesaian jangka panjang yang lebih stabil dan menjimatkan kos kepada rakyat. “Kami berharap pihak berkaitan dapat memberikan perhatian serius terhadap isu ini dan mengambil langkah proaktif bagi memastikan kestabilan bekalan tenaga untuk peniaga serta masyarakat di Miri,” jelas Hafidz. Beliau menambah, DUBS Miri akan terus memantau situasi kekurangan LPG ini dan bersedia bekerjasama dengan semua pihak dalam mencari penyelesaian terbaik demi kesejahteraan rakyat serta kelangsungan perniagaan. Ini pula sebab mengapa Miri menggunakan sistem gas paip untuk memasak berbanding tong LPG Ini Sebab Kenapa Miri Guna Sistem Gas Paip Untuk Memasak by Taboola by Taboola Sponsored Links Sponsored Links Promoted Links Promoted Links You May Like En booster for hukommelsen Lectinect Hjerne F? tilbud Undo 6 m? ter ? slutte ? jobbe p? med 3 mill. kr Fisher Investments Norden Undo Menn over 50: Dette m? du vite [Klikk her] VigroVital Klikk her Undo Varig styrke i leddene? Vi inviterer deg til ? pr? ve gratis* Collaxan F? tilbud Undo Kardiolog: Magesekkfett etter 50? Legg dette i skoene dine Helsestips Undo Opplever du stivhet i fingrene? Vi inviterer deg til ? gi dette en sjanse. Arthorol Pro F? tilbud Undo. |