| PROGRAM Eksplorasi Dakwah Jelapang Padi anjuran Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia berakhir dengan jayanya Ahad lepas selepas berlangsung selama 21 hari.
Program belangsung pada 20 Januari 2025 ini, memberi impak besar kepada masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli Lubuk Legong, Baling.
Kedah. la bertujuan memberi pendedahan syiar Islam dengan metodologi yang mudah difahami oleh komuniti setempat. Sepanjang tempoh 21 hari berlangsung itu, pelbagai aktiviti dan program dijalankan, antaranya adalah Kelas Pardhu Ain, Slot Motivasi Aku Wanita Hebat'' bersama Dmy Laila Fiqh Nisa. Pengurusan dan Praktikal Jenazah, Ceramah Isra'' Miraj, Kelas Al-Quran Tajwid dan Jom Membaca. Program ini turut menyaksikan kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Daerah Baling serta sokongan daripada penajapenaja seperti RCSEQ. Little Steps, Wardah Skincare, dan Dutch Lady. Salah satu acara yang dinantinantikan adalah Program Kembara llmiah yang melibatkan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim, Madad Centre, dan Balai Bomba Daerah Baling. Menariknya program ini berjaya memberi peluang kepada peserta menimba ilmu sambil memperkukuhkan hubungan silaturahim antara pelbagai pihak. ■ PROGRAM Eksplorasi Dakwah Jelapang Padi beri impak besar kepada masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli Lubuk Legong. Baling, Kedah.. |