KOTA KINABALU: Yayasan Pcngguna Nasional Malaysia Cawangan Sabah (YPNM) memuji lindakan pantas dan proaktif Jabatan Kesihatan Penampang dalam menangani wabak denggi di sini Pengerusinya, DavidChan berkata, inisiatif Fegawai Penguatkuasa Kesiharan, Androw Rabain yang memaklumkan penduduk Taman Punai Kehidupan mengenai kawasan berkiko menjadi tempat pembiakan nyamuk.

K Demam denggi terus menjadi isu kesihatan awam yang serius dan kesedaran awal serta langkah pencegahan amat penting dalam membendung penularannya.

“Komitmeti pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berinteraksi dengan kumuniti serta mengambiL langkah pencegahan menunjukkan dedikasi mcrcka dalam menjaga kesejahteraan masyarakat.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kcsihaian Penampang dengan kepnhatinan terhadap kesihatan penduduk setempatj” katanya.

Tambahnya, mereka juga menyeru masyarakat agar lebih berwaspada dengan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk, menjaga kebersihan persekitaran dan memberi kerjasama kepada pihak KKM bagi mencegah sebarang peningkatan kes denggi.

Yayasan Pengguna Kebangsaan Sabah akan rerus memperjuangkan kepentingan kesihalan awam dan keselamatan pengguna sena bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memastikan kesejahteraan rakyat terpclihara..