KENINGAU: Pusal GIATMARA Keningau dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) cawangan Keningau mengadakan Kempen Derma Darah bersama warga GIAT - M AR A KeningaudiHospital Keningau.

Pengurus GIATMARA Keningau, Jamidol Alip, berkata kempen diadakan sekurang-kurangiiya dua kali setahun bagi meningkatkan bekalan darah di Pusat Tabung Darah Hospital Cawangan Keningau.

“Program ini mendapat sanibutan menggalakkan daripada warga GIATMAR A Keningau termasuk dalam kalangan pelatih dan warga kerja di samping masyarakat setempat.

“Derma darah adalah satu amalan yang mulia kerana darah yang diderma boleh menyelamatkan nyawa seseorang atau pesakit memerlukan," katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada warga GIATMARA Keningau dalam menjayakan kempen itu di samping dapat membantu Pusat Tabung Darah Hospital Daerah Keningau..