KUALA LUMPUR – Pemilik pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail pelik dengan pendapat segelintir pihak yang mendesak skuad Harimau KUALA LUMPUR – Pemilik pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail pelik dengan pendapat segelintir pihak yang mendesak skuad Harimau Selatan agar keluar daripada Liga Malaysia (Liga M) selepas terlalu lama mendominasi kancah bola sepak tempatan.

Sebaliknya Tunku Mahkota Ismail yang juga Pemangku Sultan Johor itu menempelak pasukan lain tidak sepatutnya menyalahkan JDT tetapi berbangga apabila kelab tempatan itu dapat bersaing di Piala AFC dan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

“Kitalah satu-satunya kelab.

Patut yang ada berasa bangga kita mewakili negara, Asia Tenggara dan memberi sumbangan dalam AFC MA Ranking.

Ini tidak, nak kami keluar dari liga dan kutuk liga sendiri pasal tak puas hati.

“Pasukan sendiri dan orang dalam pengurusan masing masing yang tak betul dengan pelbagai isu, salahkan liga dan badan induk.

Anda urus dana anda sendiri, perancangan pasukan, pembangunan, dan infra tak betul, tapi ambil jalan mudah salahkan orang lain.

“Mentaliti lemah dan tak bertanggungjawab,” kata Tunku Mahkota Ismail menerusi kemas kini di InstaStory.

Semalam, skuad bimbingan Hector Bidoglio meraih tiga mata penting dalam saingan ACLE apabila menewaskan kelab Liga Australia, Central Coast Mariners 2-1 di Central Coast Stadium, semalam.

Kemenangan itu membolehkan JDT berada di tangga kelima bagi kedudukan Zon Timur dengan 11 mata sekali gus meletakkan mereka pada kedudukan yang baik untuk mara ke pusingan kalah mati berbaki satu perlawanan lagi.

Sebagai rekod, hanya lapan pasukan terbaik daripada setiap zon akan mengesahkan tiket ke pusingan seterusnya.

Aksi terakhir ACLE buat JDT akan menyaksikan mereka berdepan wakil Korea Selatan, Pohang Steelers di laman sendiri pada 18 Februari nanti.

– MalaysiaGazette.