KUCHING: Kejayaan seseorang wanita harus diraikan oleh wanita lain dan bukan membinasakan, kata Menteri Pembangunan Wanitt, Keluarga dan .Masyarakat DatoSri Nancy Shukri semalam.

Beliau berkata dcmikian ketika berucap pada Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025 Peringkat Zon Borneo di sebuah hotel di sini, scmalam.

“Kita perlu menyokong antarasatu sama lain. Hari ini adalah hari kita menghargai s?iiap wanita yang telah berjuang, yang masih berusaha dan yang sedang mencipta legasi mereka sendiri dan bukan untuk menjatuhkan mercka.

“Justeru* Hari Wanita Antarabangsa bukan sekadar hari untuk meraikan pencapaian wanita - ia adalah plaiform untuk kiu meningkatkan kesedaran, mengiktiraf pcranan dan sumbangan wanita dalam pelbagai bidang termasuk masyarakat, ekonomt dan politik,” katanya.

Menumt beliau, sambutan itu juga bertujuan menyebarluaskan pengetahuan tentang cabaran yang dihadapi wanita masa kini, di samping membuktikan komitmen kcrajaan dalam memastikan kepentingan gender menjadi kcutamaan dalam perancangan dan pembangunan negara.

Katanya tahun ini, * Wanita Beraspirasi Membina Legasi'' menjadi tema yang cukup bennakna kerana ia melambangkan keberanian dan semangat wanita dalam mencapai impian dan mencipta impak berpanjangan.

Kini wanita semakin maju dahm pclbagai bidang - dari pendidikan > kepimpinan ,teknologi hingga ke keselamatan dan ekonomi, ujarnya.

“Tetapi kita tahu bahawa pcrjalanan masih jauh dan perjuangan masih perlu diteruskan untuk memasti” kan setiap wanita meudapat peluang yang saksama dan bebas daripada sebarang bentuk diskriminasi.

“Tema ini juga membawa mesej bahawa wanita bukan sekadar tulang belakang keluarga tetapi juga pemimpin dan penggerak dalam pembangunan masyarakat dan negara.

“Kerajaan juga terus berusaha membentuk sebuah masyarakat yang lebih adil, inklusifdan progrcsiT,” tambahnya.

Namun, kejayaan tersebut jelasnya hanya boleh dicapai jika semua pihak termasuk sektor swasta, NGO dan individu bereama-sama menyokong usaha menghapuskan kegana&an terhadap wanita serta memperkasakan penyertaan mereka dalam niembuaL kepulusan.

Pada masa yang sama, tcma yang sejajar dcngan DeklarasiBeijing 1995,sejak 30 tahun lalu Lerus menjadi panduan dalam usaha memperkasakan wanita dan meneniang diskriminasi, tambahnya.

“Tahun ini, KPWKM melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) memperkenalkan pendekatan baharu dalam meraikan Hari Waniu Antarabangsa.

“Untuk pertama kalinya, sambutan ini diadakan di lima lokasi mengikut zon - Borneo, Timur, Selatan, Tengah dan Utara.

“Pendckatan ini membulehkan lebih ramai wanita dari pelbagai negeri dan kumuniti turut scrta dalam sambuLan ini, berbanding hanya menumpukan pada satu lokasi seperti sebelum ini,” katanya.

Pihaknya tahun ini turut mendapat kerjasama baharu daripada Sarawak Energy Berhad (SEB)dan Universiti UCSI, di samping rakan sedia ada seperti Kelab Wanita Ikun Malaysia, Jabatan Wanila dan Keluarga Sarawak dan Jabatan Hal Ehwal Wanita Negeri Sabah.

Dianggarkan seramai 500 peserta dalam kalangan wanita dari Sabah dan Sarawak lelah meraikan sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025 Peringkat Zon Borneo di sini.

Hadir sama adalah Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti DaLo Sri Fatimah Abdullah,Timbalan Menteri Pembangunan Wanita danKanak-Kanak Datuk Rosey Yunus dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Juga Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Ncgeri Sabah Datuk Fluvia Ng.