| KUCHING: Kejayaan sesebuahnegara tidak buleh diukur semata-mala menerusi angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kaia Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Sebaliknya, Abang Johari berkata, kualiti hidup rakyat merupakan ukuran yang lebih tepat untuk menilai kemajuan sesebuah negara. ‘Meskipun KDNK menunjukkan pertumbuhan yaug memberangsangkan misalnya liim hingga kpan perat us, angka tcrscbut tidak scmestinya mencerminkan kesejahreraan rakyat “Maknanya, angka KDNK kadangkaia tadak menggambarkan kemajuan sebenar dalam komuniti sesebuah negara. “Tetapi ia harus nicrangkumi perspektif susial di mana kualiti hidup rakyat mesti dipertingkatkan dan bukannya merosot,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Sidang Kcmuncak Antarabangsa Ktpimpinan Kontemporari 2025 (CLIS 2025) di scbuah hotel terkcmuka di sini, scmalanL Abangjohari berkata,beliau bersetuju dengan pandangan Ahli Ekonomi Amerika Syarikat Profesor Juseph Stiglitz bahawa kejayaan sesebuah negara diukur danpada kualiti hidup rakyat, bukan hanya daripada KDNK “(Dan) sebab itulah, dalam Strategi Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) kami menekankan kepentingan keterangkuman sosial dalam setiap peringkat pembangunan,H katanya. Bagi Sarawak, Abang Johari berkata, pembangunan infrastrukiur kekal sehagai keutamaan utama, tcrtnasuk bekalan air, tenaga serta sistem perhubungan seperti Intemet, digital dan jalan raya. “Oleh itu? dengan sumber yang ada di Sarauak, man-Eiatnya mesti sampai kepada rakyat, terutama di kawasan luar bandar,” kaunya. Kelmarin beliau kalanya, berada di Institut Yusof Ishak (ISEAS), Singapura dan berkongsi pandangan dengan para cendekiawan sena pihak industri di sana. “Mereka mengatakan kita sangat bertuah kerana memiliki sumbcr tenaga tetapi saya katakan bahawa j ika dasar tidak baik dan teknologi tuda, kita lianya mampu melihat sumber tersebut dan sumber itu juga hanya akan ‘mclihat'' kita tanpa dapat dimanfaatkan/* katanya. Sebagai contoh katanya, Sarawak kini sedang menuju ke arah ekonomi hidrogcn dan ramai pihak1 cemburu'' dengan keberanian dahm mengambil risiko dalam mcntransformasikan ekonomi negert “Mereka cemburu dengan kita kerana berani mengubah ekonomi menggunakan hidn>gen sebagai alternatiT kepada bahan api fosiL “Saya katakan, ya> Sarawak memangbertuah kerana mempunyai banyak sumber air yang mengandungi oksigen dan liidrugcn M Mtmisahkan hidrugen pada masa ini memang mahal kerana elektroliscr masih berharga tinggi. *4'' Tetapi sua tu hari nanh, kos penukaran ini akan menjadi lebih murah seperti perkembangan dalam teknologi komputer dan apabila itu berlaku, Sarawak akan memiliki hidrogen yang banyak daripada sumber air kita, termasuk Batang Ai, Munim, Balchdan sebagainya/'' katanya. Tamhahnya,Saraw^k bukan sahaja mempunyai air untuk menghasilkan ludrogen telapi juga sumber gas seperti metana (CH)yang turut mengandungi hidrogen. Sehubungan itu. beliau menyarankan kepimpinan masa depan untuk terus meneroka potensi teknologi baharu dan menggunakannya untuk kemajuan negeri dan rakyat. "€4 Meskipun KDNK menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan misalnya lima hingga lapan peratus, angka tersebut tidak semestinya mencerminkan kesejahteraan rakyat.^ Dawk Patinggi Tan $? Ahang JeluriTun Openg PWwSinM*". |