KUCHING: Syarikat swasta dan badan korporat digesa mewujudkan polisi-polisi berkaitan bagi membantu pertambahan wanita dalam sektor pekerjaan masa kini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri berkata, antara yang dicadangkan beliau adalah dengan memberi pengurangan atau subsidi kepada pekerja untuk menghantar anak mereka ke pusat jagaan.

//I Kepada mereka yang kerja dengan kerajaan ada diberi subsidi. Pihak swasta juga dapat memberi pengurangan ataupun mencari jalan untukorganisasi melahirkan polisi-polisi yang dapat membantu mereka.

?I Bukan sahaja kerajaan ataupun hanya kepada ibu bapa saja untuk mengusahakan ini.Tetapi syarikat menyediakan polisiyang dapat membantu ibu bapa menghantar anak mereka ke tempat asuhan kanak-kanak atau taska/katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa PeringkatZon Borneo 2025 di UCSI Hotel di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanakdan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah dan Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah DatukFlovia Ng.

Pada masa yang sama, Nancy turut mencadangkan agar pusat asuhan kanakkanakturutdiwujudkan di syarikat-syarikat berkenaan bagi membantu golongan ibu kembali ke dalam sektor sumber manusia negara.

"Dengan ini, ia akan menunjukkan komitmen syarikat berkenaan dalam memberi dorongan kepada pekerja golongan wanita yang berkeluarga khususnya, perkara ini selalu disuarakan pihak kami untuk memberi kesedaran/ ujarnya.

Beliau tidak menolak kemungkinan penurunan sumber manusia daripada golongan wanita jatuh sebanyak 60 peratus kerana keperluan untuk menjaga anak-anak.

Oleh itu katanya, adalah menjadi keutamaan kerajaan untuk mencapai sasaran agar golongan wanita kembali semula ke dalam sektor pekerjaan dengan memberi galakan menyeluruh dalam industri penjagaan.Menurutnya lagi, industri penjagaan menjadi fokus utama meliputi penjagaan kanak-kanak dan orang tua yang boleh diceburi oleh golongan winita tersebut.

“Pewujudan taska di tempat kerja aiau berdekatan dengan premis pejabat juga perlu diperbanyakkan agar golongan wanita dapat bekerja," saran beliau.

Bahkan pada tahun lalu katanya, latihan pcn jagaan di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) yang dikendalikan oleh Instituie ofSocialMalaysia(ISM) telah mencapai 385 penyeriaan wanita dengan sasaran 485 orang pada tahun ini-Tambah beliau, isu ini akan dibawa ke mesyuarat ASEAN yang akan datang, bagi dtbincangkan bersama negara-negara serantau.

Hadir sama adalah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Datuk Roscy Yunus.

Nancy gesa swasta wujud polisi bantu tambah wanita dalam pekerjaan.