| KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu semua penjawat awam yang dipertanggungjawabkan dengan tugas tertentu supaya mengambil KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu semua penjawat awam yang dipertanggungjawabkan dengan tugas tertentu supaya mengambil perhatian terhadap isu yang menjejaskan kesejahteraan rakyat.Beliau berkata mereka perlu mengurangkan kerenah birokrasi dengan mempermudahkan proses untuk memastikan sesuatu perkara dapat diselesaikan, terutamanya dalam menangani isu infrastruktur dan kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik."Semua projek yang telah diluluskan untuk manfaat rakyat mesti dilaksanakan secepat mungkin. Saya mahu anda semua bersikap proaktif dan peka terhadap keperluan rakyat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.. |