| KUCHING: Lebih450warga kerja Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTS), barubaru ini bcrhimpunmeraikan Majlis Kesyukuran Ulang Tahun Ke-107 danSambutan Tahun Baharu Cina 2025 di Menara Pelita di sini. Menurut kenyataan pihaknya, majlis telah dirasmikan oleh Pengarah Tanah dan Survci Sarawak Awang Zamhari Awang Mahmood yang telah menzahirkan penghargaan kepada warga JTS atas sumbang bakti dalam memastikan visi dan misi jabatan tercapai. 44 JTS kini bukan sekadar sebuah organisasi pentadbiran tetapi sebuah institusi pcnting dalam pembangunan negeri Sarawak, terutama dalam memastikan pengurusan dan pentadbiran tanah yang cekap, pembangunan infrastruktur yang terancang dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. 44 J abatan juga pcr lu melihat ke hadapan dengan memperkasakan perkhidmatan kepada rakyat dengan memanfaatkan teknologi data dankecerdasan buatan (AI),” katanya menerusi kenyataan tersebut. Sehubungan itu, ujarnya LANDAS Summit 2025 (24 hingga 26 Februari 2025) kali ini akan mengangkat tcma AI dan perancangan strategik JTS kc arah 2030. Perkara tersebut selaras dengan agcnda pendigitalan kerajaannegeri, bagi memastikanrakyat Sarawakmendapat pcrkhidmatan yang lebih pantas, lebih telus dan lebih mcsra pengguna. Beliau percaya bahawa cabaran pada zaman kini menuntut jabatan untuk berubah, berinovasi dan bergerakkearah pcrkhidmatan digital yang lebih cekap dan boleh dipercayai. Malah, menjelaskan bahawa dunia yang semakin berasaskan data kini, keputusan yang dibuat pcrlu berdasarkan kepada maklumat yang tepat, pantas dan boleh dipercayai. Ujarnya jabatan perlu komited untuk menyahut cabaran dengan melaksanakan perkara-perkara berikut iaitu pertama memodcnkan sis tem pe rkhidma t an dengan mempercepatkan pendigitalan proses kerja yang rancak diperkenalkan di pentas Kumpulan Inovatif dan Kreatif(KIK). Kedua katanya, menggunakan kecerdasan buatan (AI) dan big data untuk mcningkatkan kecekapan dalam pemantauan, perancangan pembangunan serta penyampaian maklumat kepada rakyat dengan lebih cepat dan tepat. Seterusnya meningkatkan integrasi data antara cawangan-cawangan unit dalam jabatan itu sendiri untuk mengurangkan risiko pertindihan maklumat dan percanggahan data. Juga, memperkukuh budaya kerja berteraskan inovasi dengan melatih pegawai dan kakitangan dalam kemahiran analisis data serta penggunaan teknologi baharu bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan. Awang Zamhari turut mengakui bahawa kejayaan 107 tahun pada tahun ini bukanlah milik individu tetapi milik bersama iaitu hasil ker ja keras, dedikasi dan kesungguhan seluruh warga JTS dari dulu hingga kini. 4< Perubahan bukan lagi satu pilihan tetapi satu keperluan dan saya mahu warga jabatan bersamasama terus memberi komitmen untuk memperkasa perkhidmatan kepadarakyat dengan menerapkan inovasi, tcknologi dan amalan kerja terbaik,” katanya. Jelasnya, demi semangat untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negcri Sarawak, disuntikkan lagi dengan semangat 3K, kecekapan, kebijaksaan dan kesepaduan dan behau yakin j abatan dapat mencapai lebih banyak kejayaanpada tahuntahun mendatang. Sambutan kemuncak majlis diteruskan dengan memotong kek 107 Tahun Jabatan Tanah dan Survei Sarawak oleh barisan pengurusan tertinggi jabatan dan sesi fotografi bcrkumpulan. Tidak ketinggalan semua 12 Pejabat Bahagian di seluruh Sarawak turut sama meraikan sambutan ini dan turu t sama berlintas langsung melalui panggilan Zoom bagi sesi ucapan dan perscmbahan khas. Bagi menyerikan majlis sempena Tahun Baharu Cina pada kali ini, turut diadakan persembahan tarian singa, menggaul Yee Sang oleh barisan pengurusan jabatan, pcrsembahan nyanyian olch warga JTS dan sesi jamuan petang. Terdahulu Majlis Kesyukuran Ulang Tahun jabatan itu julung kali telah diadakan pada 2018 sempena sambutan yang ke-100 tahun dan pelbagai pengisian program telah dilaksanakan. JTS telahditubuhkan pada 1 Februari 1918dan schingga kini jabatan ini terus komited bcrperanan scbagai Agensi Pemudah Pembangunan di scluruh Sarawak. Pelbagaievolusi telah dilalui j abatan sepanj ang tempoh 107 tahun yang melibatkan perubahan polisi pentadbiran tanah, pelaksanaan projck pembangunan mahupun kcmajuan teknologi penyampaian perkhidmatan.. |