esejahteraan rakyat bergantung pada intrastruktur l erkualiti, perumahan mampu milik, kestabilan konomi terutama bagi golongan berpendapatan ■endah dan sederhana kerana taktor ini menentukan kualiti hidup serta masa depan mereka.

Menyedari kepentingannya, wakil rakyat pembangkang menjadikan isu ini sebagai keutamaan dengan memperSINAR HARIAN: Penduduk Kuala Sentul sering mengadu mengenai jalan berlubang dan kekurangan lampu jalan. Apa tindakan YB dalam mendesak kerajaan negeri menangani isu sebegini? DATUK JASRI: Ya, isu jalan berlubang dan tiada lampu memang perlu diberi perhatian serius. Saya sudah lakukan beberapa langkah memastikan kerajaan negeri bertindak segera.

Pertama, saya mula meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai masalah ini menggunakan media sosial, akhbar dan mesyuarat komuniti. Tujuan saya supaya semua pihak dan orang ramai faham betapa seriusnya isu ini.

Kemudian, saya mengadakan pertemuan bersama pihak berkuasa tempatan dan jabatan kerajaan membincangkan masalah ini dengan lebih mendalam. Dalam mesyuarat antara Jawatankuasa Pembangunan dan Tindakan Daerah (JPTD) bersama pegawai daerah dan jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR), saya menunjukkan bukti bahaya akibat jalan berlubang dan pencahayaan tidak mencukupi serta menekankan kepentingan tindakan segera.

Selain itu, saya membuat susulan secara berkala untuk memastikan kerja pembaikan dapat dilakukan dalam tempoh munasabah.'' Saya juga menggalakkan penduduk setempat melaporkan masalah ke Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Sentul supaya boleh juangkan hak dan kebajikan masyarakat melalui dasar serta tindakan lebih berkesan.

Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian NORAWAZNI YUSOF bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaludin yang mengupas pendekatan dan langkah proaktif bagi memastikan kebajikan rakyat terus terbela.

bersama-sama memantau perkembangan kerja pembaikan ini.

Isu perumahan di negara ini masih lagi belum selesai dengan harga rumah semakin tinggi sedangkan pendapatan rakyat masih sama. Apa pandangan mengenai isu ini? Betul, isu perumahan memang agak mencabar. Harga rumah terus naik sementara pendapatan rakyat tidak banyak berubah.

Saya rasa kerajaan boleh mengambil beberapa langkah mengatasi masalah ini antaranya menggalakkan pembangunan perumahan mampu milik lebih banyak untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Selain itu, kerajaan juga boleh bekerjasama dengan sektor swasta untuk mencari kaedah baharu dan kos lebih efektif dalam pembinaan rumah.

Untuk mengurangkan kos, mungkin boleh membuat pindaan dasar menurunkan harga bahan binaan atau mempercepatkan proses permohonan lesen. Semua ini membantu menstabilkan harga rumah.

Selain itu, kerajaan boleh memberikan insentit kewangan seperti subsidi atau pinjaman kepada rakyat dengan faedah rendah untuk membeli rumah. Tidak lupa, program pendidikan dan kesedaran tentang perumahan mampu milik perlu diperluaskan supaya rakyat tahu apa bantuan yang ada.

Semua langkah ini penting supaya lebih ramai rakyat mampu memiliki rumah sendiri.

Apa langkah perlu diambil kerajaan memastikan rumah mampu milik boleh dijangkau golongan muda dan keluarga berpendapatan rendah? Untuk isu rumah mampu milik, kerajaan memang boleh mengambil beberapa langkah antaranya memberi subsidi pembelian rumah pertama dan skim pinjaman dengan kadar faedah rendah serta tempoh bayaran fleksibel.

Selain itu, kerajaan juga perlu meningkatkan projek perumahan mampu milik di lokasi strategik, dekat dengan kemudahan asas dan pengangkutan awam. Harga rumah juga perlu dikawal dengan undang-undang supaya tidak berlaku kenaikan terlalu mendadak.

Untuk mengurangkan kos pembangunan, pemaju boleh diberikan insentif seperti pengecualian cukai atau subsidi bahan binaan.

Pada masa sama, kerajaan boleh mewujudkan program pendidikan meningkatkan kesedaran orang ramai cara membeli rumah dan pengurusan kewangan bijak.

Saya rasa kerajaan juga perlu memastikan kawasan perumahan ini lengkap dengan intrastruktur yang baik dan menggalakkan kerjasama dengan sektor swasta untuk membawa inovasi dalam pembangunan perumahan mampu milik.

Dengan langkah ini, kerajaan dapat memastikan lebih ramai golongan muda dan keluarga berpendapatan rendah dapat memiliki rumah sendiri seterusnya meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Apa hala tuju dan strategi Perikatan Nasional (PN) menarik lebih banyak sokongan rakyat dan mencabar dominasi kerajaan negeri dalam pilihan raya akan datang? Di Pahang, PN sedang merangka strategi menarik lebih banyak sokongan rakyat dan mencabar dominasi kerajaan negeri pada pilihan raya akan datang.

Salah satunya, kita ingin memperkuatkan kehadiran dengan menjadikan negeri ini sebagai lokasi muktamar dan konvensyen tahunan.-Kita juga sedang memperkukuhkan kerjasama dengan parti komponen seperti Pas, Bersatu dan Gerakan untuk memperluaskan gerak kerja dan membina momentum ke arah pembentukan kerajaan negeri pada pilihan raya akan datang.

Dulu, PN berjaya menarik sokongan pengundi muda khususnya yang pertama kali mengundi melalui sayap pemuda Pas dan Armada Bersatu. Sekarang, kita fokus kepada pengundi bukan Muslim.

Pas melalui Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), sayap Bersekutu Bersatu dan Gerakan giat mendekati kelompok ini terutama di kawasan dikuasai Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Bagi memastikan kepimpinan kuat, PN menampilkan calon berpengalaman dan berwawasan dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) kelak untuk memimpin sekiranya diberi mandat.

Pelaksanaan gaji minimum RM 1,700 bermula Februari ini, bagaimana ia dapat membantu rakyat memandangkan setiap kenaikan gaji turut memberi kesan kepada harga barangan dan kos sara hidup? Kenaikan gaji minimum memang satu langkah baik. Saya yakin dengan pendapatan lebih tinggi mereka mempunyai lebih ruang menguruskan perbelanjaan harian, membeli keperluan asas dan secara tidak langsung meningkatkan taraf hidup.

Namun, kita tidak boleh menafikan terdapat kesan sampingan seperti kos operasi perniagaan mungkin meningkat. Kalau permintaan meningkat terlalu cepat, inflasi juga boleh menjadi isu.

Atas sebab itu, kerajaan perlu memantau dan mengawal supaya rakyat yang baru mendapat manfaat daripada kenaikan gaji tidak dibebani kenaikan harga mendadak.

Nama: Datuk Jasri Jamaludin Usia: 56 tahun Status: Berkahwin Bilangan anak: Tiga Tempat Lahin Chenor, Pahang. Pendidikan: Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (University of Manchester, UK) MBA (University of Derby, UK) Jawatan dalam parti: ? Ahli Jawatankuasa PN Pahang ? Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Pahang ? Ketua Bersatu Bahagian Maran.